Yuran dan Peraturan

Yuran & Bayaran

Sepenuh Masa:

Kanak-kanak 2 Tahun - 4 Tahun = RM350


Setengah Hari :

Kanak-kanak 2 Tahun - 4 Tahun = RM300


Caj OverTime (OT) :
1/2 Jam = RM10
1 Jam = RM15

*Bayaran hendaklah dilunaskan kepada penyelia taska (Cik Dayang)  sebelum 28 haribulan pada setiap bulan.

PERATURAN TASKA

KEHADIRAN :
  • Kanak-kanak  hendaklah sentiasa memakai uniform semasa hadir ke Taska.
  • Para ibubapa hendaklah menghantar atau mengambil anak-anak mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sebarang kelewatan atau sebaliknya akan dikenakan bayaran lebih masa (OverTime).
  • Bagi kanak-kanak yang dijangkiti penyakit berjangkit hendaklah mengambil cuti sakit.


BARANGAN PERSENDIRIAN :
  • Sila tanda sebarang hak milik kanak-kanak seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya supaya ia senang dikenalpasti pemiliknya.
  • Dilarang membawa barangan berharga seperti barang kemas dan sebagainya. 
  • Pihak taska tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barang yang dibawa.


HUBUNGAN :
  • Hendaklah sentiasa menjaga imej atau nama baik Taska.
  • Para ibubapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka. 
  • Sedia berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan kanak-kanak atau pihak taska.
  • Pihak taska bersedia menerima teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan atau kekurangan.