Tentang Kami

SEJARAH PENUBUHAN
TASKA NUR CALIPH
Mula beroperasi pada bulan Mac 2010, TASKA ini ditubuhkan oleh pengasasnya Cik Nawal Hanani. Beliau merupakan salah seorang daripada peserta seminar Kaedah Khalifah. Pada tahun 2009, selepas menyertai seminar Kaedah Khalifah untuk kali ke-2, Cik Nawal mula mempunyai kesedaran dan terpanggil untuk membantu dan melahirkan generasi akan datang dengan menggunkan Kaedah Khalifah tersebut.  Dengan sifat prihatin yang ada dalam diri, Cik Nawal Hanani telah membuka TASKA NUR CALIPH  untuk berusaha memberi didikan yang sempurna kepada generasi masa hadapan ini. Kanak-kanak yang dihantar ke TASKA ini dipanggil Khalifah  Cilik supaya mereka tahu dan sentiasa ingat bahawa setiap daripada mereka merupakan Khalifah Allah. TASKA NUR CALIPH berdaftar dibawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) 1984 dan Peraturan-Peraturan TASKA di Institusi 1993 serta diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).