Selamat Kembali ke Taska :D

      

Selamat kembali ke taska wahai Khalifah-Khalifah cilik sekalian :) Mari kita mulakan hari-hari kita di sini dengan penuh ceria dan pengembaraan baru ^^ Selamat bekerja juga kepada para ibu bapa. Taska kini sudah beroperasi seperti biasa :)

Permainan Menolak dan Menarik



Permainan ini melibatkan bayi berumur 12 bulan.

Contoh permainan menolak ialah : -

1) Menolak pintu.

  • Letakkan bayi di hadapan pintu.
  • Pengasuh menerangkan kepada bayi untuk menolak pintu.
  • Awasi ketika bayi menolak pintu.
  • Ketika bayi menolak pintu, nyanyikan sebuah lagu yang menarik agar bayi seronok.
2) Menolak bola.
  • Letakkan bola di hadapan bayi.
  • Pengasuh menerangkan kepada bayi untuk menolak bola.
  • Pengasuh bermain bola bersama bayi. Bayi menolak bola ke arah pengasuh. Pengasuh menolak bola ke arah bayi.
  • Bayi akan seronok apabila bermain bersama.
                                                      
3) Menolak kerusi.
  • Sediakan kerusi plastik kanak-kanak di hadapan bayi.
  • Pengasuh menerangkan kepada bayi untuk menolak kerusi.
  • Awasi ketika bayi menolak kerusi supaya tidak berlaku bayi terjatuh.
  • Memberi semangat kepada bayi untuk menolak kerusi.
                                          

Contoh permainan menarik ialah : -

1) Menarik kereta mainan.
  • Sediakan kereta mainan yang perlu ditarik dan apabila dilepaskan ia berjalan sendiri.
  • Pengasuh tunjukkan cara menarik kereta mainan tersebut.
  • Pengasuh boleh bermain kereta mainan ini bersama bayi. Bayi menarik kereta dan melepaskannya kepada pengasuh. Begitu juga sebaliknya.
  • Bayi akan berasa seronok apabila bermain bersama.
                                               
2) Menarik barang menggunakan tali.
  • Sediakan kereta mainan yang telah diikat dengan tali supaya boleh menarik kereta mainan tersebut.
  • Pengasuh tunjukkan cara menarik kereta mainan menggunakan tali.
  • Awasi ketika bayi menarik kereta mainan menggunakan tali supaya tidak berlaku sebarang yang tidak diingini.
          
3) Menarik skaf dari dalam bekas.
  • Masukkan skaf kedalam bekas yang senang untuk dimasukan dan ditarik keluar.
  • Pengasuh menerangkan kepada bayi unutk menarik skaf tersebut keluar dari bekas.
  • Beri semangat kepada bayi untuk menarik skaf tersebut keluar supaya bayi berjaya melakukannya.
                                                         

Sekian. Ini adalah beberapa contoh permainan menolak dan menarik untuk bayi berumur 12 bulan. Tujuannya adalah supaya anak-anak anda dapat mengenal pasti apa itu "tolak" dan apa itu "tarik". Semoga contoh-contoh ini berguna untuk ibu bapa ^^



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Khalifah-Khalifah Cilik dan para ibu bapa sekalian :) 
Beribu kemaafan dipinta sekiranya ada salah dan silap yang kami lakukan sepanjang taska ini beroperasi.
Berhati-hatilah ketika memandu untuk pulang ke kampung, banyakkan berzikir dan beristighfar dalam perjalanan, insyaAllah selamat ~ Selamat bercuti semua :) Taska akan kembali beroperasi pada 19 Ogos 2013 ^_^