Salam Nuzul Quran kepada semua ibu bapa ^^. Hari ini taska ditutup ya :)
Selamat bercuti hujung minggu semuaaaaa :D

Khalifah method


3 Prinsip Kaedah Khalifah yang diasaskan oleh Allahyarham Prof. Dr.Muhammad al'Mahdi.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan :)


Ya, Bulan yang penuh barakah tiba lagi  Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat Islam :)
Semoga segala amalan kita diterima Allah. Kepada para ibu bapa Khalifah-Khalifah Cilik, jadual operasi kami adalah seperti biasa. Terima kasih ^^ Moga Allah Redha.  

4 Tahap Formula Mendidik Anak



Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak makhluk yang luar biasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain. Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w menggariskan 4 tahap mendidik anak :


Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz(6 tahun). Hendaklah kita banyak   bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.


Tahap Kedua : Anak berumur 7 tahun hingga baligh(14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa(21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.


Tahap Keempat : Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Tips Makanan Terbaik Untuk Si Kecil ;)



Pelbagaikan sandwic dengan memotongnya ke dalam bentuk yang berbeza, atau mencelupkannya ke dalam telur yang dipukul dan gorengkan ia.


Berikan sayur-sayuran kepada si kecil anda, dengan mencampurkannya dengan buah, atau dengan menghancurkan ia dan menambahkannya kedalam kuah atau sup. 




Campurkan bijirin kesukaan anak-anak dengan bijirin beras atau cornflakes – ianya lebih murah dan lebih rendah kandungan gulanya. Juga berikan anak anda penyedut minuman serta sudu dengan bijirin mereka, untuk membolehkan mereka menyedut habis semua susu.

Peranan Ibubapa Membimbing Anak-anak Mendapat Pendidikan Agama

Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ibu bapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal. Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka. Islam juga telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak. Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibu bapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan. Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam. Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih, ibu bapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibu bapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi. Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkanlah antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca, dan cintakan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang, ilmu-ilmu multimedia, sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibu bapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud "Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian alam ini
Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian alam ini serta mengambil iktibar daripadanya. Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur, ikhlas, menghormati orang tua, menunaikan haji, bercakap benar, beradab ketika makan dan minum, memilih makanan yang halal, suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf, sentiasa mencari kebenaran dan keadilan, benci sifat keji, kezaliman dan kerosakan harta benda. Islam juga menyeru ibu bapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa dalam waktu-waktu yang tertentu. Selain itu, ibu bapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Doa Penerang Hati Untuk Khalifah-Khalifah Cilik ;)


Seronoknya Bermain Dengan Home-made Play Dough :)

Pada hari khamis yang lalu, Taska Nur Caliph telah mengadakan aktiviti bermain home-made playdough bersama khalifah-khallifah cilik kami :) Aktiviti play dough amat bagus untuk meransang kreativiti khalifah-khalifah cilik sekaligus membantu mereka meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Para penjaga tidak perlu khuatir kerana di sini, kami menggunakan non-toxid play dough. Play-dough ini dibuat daripada bahan-bahan makanan seperti tepung gandum, garam dan air. Oleh itu play dough in selamat dimainkan oleh kanak-kanak walaupun mereka memasukkanya ke dalam mulut.

Ha, di sini kami sertakan gambar-gambar sewaktu aktiviti dijalankan :)


Bahan-bahan untuk membuat play dough. 
(Garam,tepung gandum, minyak,air dan pewarna)

 Lihatlah ~ khalifah-khalifah ini bermain bersama dan bertoleransi :)

Khalifah Adam sedang leka bermain play-doughnya :)

  
Antara hasil dough khalifah-khalifah cilik :) 

 MasyaAllah, seronok sungguh  khalifah Aliff bermain play dough :)



Panduan Menjaga Anak Kembar

MASA MENYUSU

  • Tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.

  • 10 MINIT bagi setiap seorang - menyusukan kembar pertama selama 10 minit, kemudian susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang. 
  • Jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
  • Jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
  • Menyusukan kembar pada waktu berasingan - kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
  • Kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur. Hal ini bergantung kepada setiap bayi.

PAKAIAN

  • Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi.
  • Jangan terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – seperti bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa.

MANDI

  • Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
  • Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.

*Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan*