Kaedah Khalifah

Kaedah khalifah telah diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al Mahdi, berasaskan lebih 40 tahun kajian dalam bidang Psikologi, Fizik, Kosmologi dan Teologi.
Kaedah Khalifah mengintegrasikan tasawur Islam dan psikologi moden. Kebiasaannya kaedah keibubapaan barat kekurangan satu elemen iaitu spiritual dan ini yang ditekankan.  Segala yang kita lakukan hanyalah kerana Allah.
Ia sangat berkesan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi Muslim yang cemerlang dunia dan akhirat.
Hakikatnya, kita telah diciptakan Allah kedunia untuk menjadi Khalifah. Ini terkandung dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30,
” Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam).”
Kerana itu kita perlu faham akan tanggungjawab ini. Siapa khalifah? Apakah tugas khalifah?
Terdapat 3 elemen yang penting dalam keibubapaan kaedah khalifah, 
1. Pandangan Alam (worldview) yang tepat dan bermotivasi. 
Pandangan Alam sangat penting kerana jawapan yang berbeza akan membawa kita kepada tindakan yang berbeza. Jika kita punya objektif dan matlamat yang tepat, mudahlah untuk kita menyusun strategi dan tindakan bagi mencapainya. 
2. Memahami Hukum Pembelajaran.
Hukum pembelajaran adalah tool untuk mencapai matlamat kita. 
Hukum pembelajaran akan membantu mempengaruhi pembentukan personaliti, menanam kata hati untuk memperkasakan diri dan juga penggunaan proses Shaping atau pengukuhan langkah-langkah kecil bagi mencapai matlamat akhir. 
Hukum pembelajaran mengatakan bahawa 
Jika kita buat sesuatu, dan mendapat GANJARAN. Kita akan mengulangi perbuatan itu sehingga akhirnya menjadi tabiat kita.

Kerana itu, jika kita mahu anak sentiasa berbuat baik, kita kena memperkukuhkannya dengan memberi ganjaran (positive reinforcement). Ganjaran pula tidak bermaksud hadiah fizikal semata-mata. Ia boleh jadi dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pemikiran.
Dan kerana itu juga, jika kita tersilap memberi ganjaran ketika anak berbuat sesuatu yang tidak elok atau salah, kita mungkin membantu memperkukuhkan perbuatan itu secara luar sedar. Tabiat yang salah hendaklah ditangani dengan tegas tetapi lembut atau dalam erti kata lain, dengan berhikmah.
Oleh yang demikian, proses pembelajaran hendaklah sesuatu yang menyeronokkan, kerana seronok itu juga suatu bentuk ganjaran.
Selain itu, kata hati juga amat penting. Kata hati (internal monologue) adalah apa-apa perkara yang kita sebut dalam hati. Orang boleh kata apa pun kepada kita, tapi akhirnya apa yang ada dalam hati kita yang menentukan segalanya. Secara tidak langsung, kata hati akan membentuk personaliti. Namun, kata hati boleh dikawal dan dibentuk. Ini adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diajar kepada anak-anak. Amat penting bagi kita membina kata hati yang betul danunlearn kata hati yang salah. 
Dan yang terakhir sekali,
3. Proses shaping. 
Proses shaping adalah langkah-langkah kecil yang kita lakukan bagi mencapai matlamat akhir. Kita perlu mulakan dengan baseline atau asas mula, kemudian disetiap langkah kita perkukuhkan dengan ganjaran supaya ia menjadi motivasi bagi terus dilakukan sehinggalah menjadi tabiat.